Thursday, 10 May 2018

Kursus Pembangunan Blog EKSA

Kursus Pembangunan Blog untuk JK Promosi setiap zon telah berlangsung pada 7 hingga 8 Mei 2018. Kursus ini bertujuan untuk membantu setiap JK dalam menyediakan maklumat asas bagi mempromosikan maklumat zon masing-masing secara maya.

Setiap JK telah didedahkan dengan kaedah pembangunan maklumat secara maya dengan menggunakan medium blog. 

Kursus anjuran JK Latihan EKSA INTURA ini telah disampaikan oleh En. Huzairul Hezri bin Saidin (Pengerusi JK Promosi)












Sunday, 16 July 2017

Tagging EKSA INTURA

Memandangkan konsep keseragaman untuk setiap zon telah dipersetujui untuk digunapakai oleh Jawatankuasa Pelaksana EKSA INTURA, tagging untuk setiap unit perlulah seragam dan tiada perbezaan mengikut colour coding seperti sebelum ini.

Contoh tagging boleh dimuat turun dan dicetak untuk kegunaan zon masing-masing.

Tagging akan dikemaskini dari masa ke semasa untuk kegunaan setiap zon.













Tuesday, 13 June 2017

Majlis Pelancaran EKSA 2017

Majlis Pelancaran EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) telah berlangsung di Dewan Jubli Perak, INTAN Wilayah Utara pada 12 Jun 2017.
EKSA merupakan inisiatif MAMPU dalam penjenamaan semula pelaksanaan Amalan 5S yang bertujuan meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat.
Taklimat pelancaran telah disampaikan oleh Pengerusi EKSA INTURA, En Norshuhaidy bin Shabudin dan Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Pengarah INTAN Kampus Wilayah Utara.
Antara penekanan kepada warga INTURA kali ini ialah tentang bagaimana untuk melahir dan menzahirkan idea, kreativiti dan inovasi di tempat kerja.



















Monday, 25 July 2016

Amalan Hijau (Go Green)

Aspek Amalan Hijau di pejabat turut ditekankan di dalam EKSA di mana agensi perlu melaksanakan program seperti kitar semula dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga ke arah penjimatan sumber. 

Aktiviti Amalan Hijau diharap dapat diterapkan kepada keseluruhan warga INTURA ke arah penggunaan sumber secara optimum.

Berikut disertakan sebahagian maklumat yang diekstrak dari Surat Pekeliling Am Bilangan 2 tahun 2014 untuk makluman dan amalan bersama.


sila klik imej untuk paparan sebenar

sila klik imej untuk paparan sebenar

sila klik imej untuk paparan sebenar

sila klik imej untuk paparan sebenar

sila klik imej untuk paparan sebenar