Showing posts with label Latihan. Show all posts
Showing posts with label Latihan. Show all posts

Sunday, 28 April 2024

KURSUS EKSA PADA 22 - 24 APRIL 2024 DAN PERJUMPAAN KHAS CHAMPION EKSA JPA BERSAMA AHLI JAWATANKUASA DAN KETUA ZON.

Satu Kursus Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA): Prinsip, Prosedur dan Amalan telah dijalankan pada 22 sehingga 24 April di INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA). Seramai hampir 30 orang peserta terdiri daripada warga INTURA dan juga peserta dari pelbagai jabatan hadri pada kursus tersebut.

Selain itu, perjumpaan bersama Champion EKSA juga turut diadakan pada 24 April 2024. Perjumpaan ini bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan juga panduan sebelum pengauditan EKSA di jalankan kepada semua jabatan yang terlibat.








Wednesday, 17 April 2024

MAJLIS PENYERAHAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF DAN PEMBAIKAN ASRAMA AL-AYYUBI DAN DALAMAN DEWAN PANCARASA & KERJA-KERJA MENAIKTARAF SISTEM PENDAWAIAN SEMULA ELEKTRIK SERTA PENCAHAYAAN, MENAIKTARAF SISTEM CCTV DAN RANGKAIAN SETEMPAT DAN RANGKAIAN TANPA WAYAR, DI INTAN WILAYAH UTARA (INTURA) NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Pengarah JKR Kedah, Ir. Mohd Fisal bin Ismail dan Pengarah Wilayah INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA), Negeri Kedah, Tuan Mohd Ridzuan bin Ab Ghafar pada 17 April 2024.

Turut hadir bersama mengiringi majlis tersebut ialah Encik Mohamad Azmi bin Yaakob, Jurutera Daerah JKR Kuala Muda selaku Pegawai Penguasa Projek Menaiktaraf Asrama Al-Ayyubi dan Dewan Pancarasa INTURA dan Puan Ir. Amalina binti Taib, Ketua Jurutera Elektrik Negeri Kedah selaku Pegawai Penguasa Projek Menaiktaraf Sistem Pendawaian Elektrik, Sistem CCTV dan Sistem Rangkaian INTURA.
Majlis penyerahan ini juga diserikan dengan kehadiran Pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai INTURA dan Pegawai-pegawai JKR Kedah dan JKR Kuala Muda.






Sunday, 30 January 2022

Wednesday, 8 September 2021

Kursus Pengenalan Audit Dalam EKSA Anjuran INTAN Bukit Kiara

Kursus Pengenalan Audit Dalam EKSA Anjuran INTAN Bukit Kiara telah diadakan secara dalam talian iaitu Zoom pada 9 September 2021(Khamis). Ahli jawatankuasa Induk EKSA INTURA telah menyertai kursus berkenaan. 











Sunday, 12 July 2020

Tayangan Video Mengenai EKSA semasa Synchronization of Mind INTURA Bil.2/2020

Tayangan video mengenai EKSA daripada INTAN Bukit Kiara telah dipertontonkan semasa majlis Synchronization of Mind Bil.2/2020 untuk warga INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) pada 12 Julai 2020 (Ahad) Jam 11.30 pagi.






Thursday, 10 May 2018

Kursus Pembangunan Blog EKSA

Kursus Pembangunan Blog untuk JK Promosi setiap zon telah berlangsung pada 7 hingga 8 Mei 2018. Kursus ini bertujuan untuk membantu setiap JK dalam menyediakan maklumat asas bagi mempromosikan maklumat zon masing-masing secara maya.

Setiap JK telah didedahkan dengan kaedah pembangunan maklumat secara maya dengan menggunakan medium blog. 

Kursus anjuran JK Latihan EKSA INTURA ini telah disampaikan oleh En. Huzairul Hezri bin Saidin (Pengerusi JK Promosi)












Wednesday, 2 March 2016

Lawasan Penandaarasan EKSA ke IAB Utara [6 Mac 2016]

Satu Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) INTAN Wilayah Utara telah diadakan pada 6 Mac 2016 di Institut Aminudin Baki (IAB) Cawangan Utara, Jitra. Lawatan ini merupakan anjuran Jawatankuasa Latihan EKSA INTURA.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat sejauh mana pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di IAB Cawangan Utara untuk dijadikan contoh dan panduan dalam pelaksanaan EKSA di Jabatan ini.
Seramai 31 orang daripada Jabatan ini telah terlibat dalam lawatan tersebut yang terdiri daripada AJK Jawatankuasa Induk EKSA, Ketua Zon EKSA INTURA dan wakil dari setiap zon. Diharapkan dengan lawatan sebegini Jabatan dapat mengambil manfaat sebaiknya dan membantu dalam menjayakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di INTAN Wilayah Utara