Sunday, 17 January 2016
Thursday, 20 August 2015
Elemen baru EKSA
Lima elemen baru diterapkan didalam EKSA berdasarkan Buku Panduan Pelaksanaan EKSA yang dikeluarkan oleh MAMPU. Ini adalah selaras dengan keperluan dan identiti perkhidmatan awam iaitu:
i) Imej Korporat
ii) Kreativiti & Inovasi
iii) Amalan Hijau
iv) Persekitaran Kondusif
v) Kepelbagaian Agensi
Imej Korporat
Imej Korporat merujuk kepada identiti atau persepsi pelanggan/pihak berkepentingan terhadap persekitaran, tindakan dan pencapaian sesebuah organisasi. Nilai, etika dan norma kerja yang seragam dalam kalangan warga kerja amat diperlukan untuk mewujudkan budaya korporat yang positif. Selain ciri-ciri ini, EKSA juga turut menitikberatkan aspek keselamatan persekitaran di setiap jabatan/agensi sektor awam.
Kreativiti & Inovasi
Dalam usaha untuk mempertingkatkan produktiviti di tempat kerja, EKSA menggalakkan warga jabatan/agensi membudayakan elemen kreativiti dan inovasi semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Persekitaran sektor awam yang sering kali berubah mengikut peredaran masa menuntut pewujudan budaya organisasi yang dinamik berasaskan kreativiti dan inovasi. Warga jabatan/agensi digalakkan untuk sentiasa berfikir di luar kotak (out of the box) untuk menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat.
Amalan Hijau
Penekanan turut diberikan pada aspek Amalan Hijau di pejabat dengan melaksanakan program seperti kitar semula dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga ke arah penjimatan sumber. Aktiviti Amalan Hijau diharap dapat diterapkan kepada keseluruhan warga jabatan/ agensi ke arah penggunaan sumber secara optimum.
Persekitaran Kondusif
Persekitaran kondusif adalah penting dalam memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan jabatan/ agensi sektor awam. Amalan EKSA menggalakkan jabatan/agensi sektor awam memberikan penekanan pada penyampaian sistem perkhidmatan, mesra pelanggan dan memberi keselesaan semasa berurusan. Bagi pelanggan orang kurang upaya (OKU), kemudahan yang sesuai harus disediakan.
Kepelbagaian Agensi
EKSA memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi kriteria generik dan kriteria khusus dengan mengambil kira kepelbagaian premis jabatan/agensi kerajaan mengikut jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan yang dipraktikkan sebelum ini iaitu one size fits all didapati kurang mencakupi keperluan kepelbagaian jabatan/ agensi kerajaan pada masa kini.

Thursday, 6 August 2015
Pelancaran EKSA [5 Ogos 2015]
Pada 5 Ogos 2015 telah berlangsung Majlis Pelancaran EKSA
(Ekosistem Kondusif Sektor Awam) yang bertempat di Dewan Jubli Perak, INTAN
Wilayah INTURA.
EKSA merupakan inisiatif MAMPU dalam penjenamaan semula
pelaksanaan Amalan 5S yang bertujuan meningkatkan budaya kecemerlangan
organisasi yang lebih berimej korporat. Selain itu, EKSA juga lebih menekankan
tentang bagaimana untuk melahir dan menzahirkan idea, kreativiti dan inovasi.
Selain daripada itu, EKSA juga mempunyai kaedah penilaian dan
pengauditan baru yang merangkumi kriteria generik dan kriteria khusus dengan
turut mengambilkira kepelbagaian premis agensi kerajaan mengikut jenis-jenis
perkhidmatan yang diberikan. Ini berbeza dengan Amalan 5S yang diamalkan
sebelum ini di mana pendekatan one size
fits all adalah kurang memadai dengan kepelbagaian perkhidmatan di dalam
agensi kerajaan pada masa ini.
Majlis ini di mulai dengan penerangan ringkas oleh Penyelaras
EKSA INTURA, Pn Aishah Musa di Dewan Jubli Perak pada jam 9.00 pagi. Seterusnya
program diteruskan dengan amanat dari YBrs. Dr. Zurina bt. Abdul Hamid,
Pengarah INTAN Wilayah Utara. Di dalam amanat beliau, YBrs. Dr. Zurina
menekankan apa yang perlu dilaksanakan dalam mencapai Persijilan EKSA. Beliau
turut berkongsi tentang pemantapan
kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan akan terhasil secara tidak langsung
jika EKSA dilaksanakan. Ini selaras dengan Teras Strategik 3 JPA Merakyatkan
Perkhidmatan Awam.
Beliau turut mengalakkan warga untuk menyemarakkan aktivitivi
yang mefokuskan tentang kreativiti dan inovasi serta mengujudkan persekitaran
hijau melalui pembudayaan Go-Green.
Selesai amanat beliau, YBrs. Dr. Zurina turut merasmikan
pelancaran ‘INTURA : Ke Arah Persijilan EKSA’ dan semua ketua setiap zon turut
sama memeriahkan gimik pelancaran yang diadakan pada hari itu.
Wednesday, 5 August 2015
Thursday, 16 July 2015
Wednesday, 8 July 2015
Pengenalan EKSA
MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.
Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:
a) memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;;
b) meningkatkan imej korporat;
c) menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;
d) menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan;
e) memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan.
Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatanone-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.
Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.
Bagi tujuan mendapatkan taklimat, khidmat rundingan bagi EKSA, agensi-agensi kerajaan boleh memohon/ merujuk kepada senarai Fasilitator EKSA yang telah dilatih oleh MAMPU dalam Program Training of Trainers (TOT) EKSA. Sekiranya agensi bercadang untuk mendapatkan pensijilan EKSA dari MAMPU, pihak agensi boleh menghubungi pegawai seperti di bawah atau memohon melalui surat kepada:
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Pengarah, Bahagian Perundingan Pengurusan 2)
Senarai Nama Pegawai Untuk Dihubungi
Nama Pegawai dan No.Telefon :
- En. Ahmad Najme bin Muhammad (03-8872 5018)
- En. Hishamuddin bin Ahmad (03-8872 6273)
No.Faks : 03-8888 3565
E-mel : eksa@mampu.gov.my
Sunday, 5 July 2015
Wednesday, 1 July 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)