Sunday 28 April 2024

KURSUS EKSA PADA 22 - 24 APRIL 2024 DAN PERJUMPAAN KHAS CHAMPION EKSA JPA BERSAMA AHLI JAWATANKUASA DAN KETUA ZON.

Satu Kursus Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA): Prinsip, Prosedur dan Amalan telah dijalankan pada 22 sehingga 24 April di INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA). Seramai hampir 30 orang peserta terdiri daripada warga INTURA dan juga peserta dari pelbagai jabatan hadri pada kursus tersebut.

Selain itu, perjumpaan bersama Champion EKSA juga turut diadakan pada 24 April 2024. Perjumpaan ini bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan juga panduan sebelum pengauditan EKSA di jalankan kepada semua jabatan yang terlibat.








Wednesday 17 April 2024

MAJLIS PENYERAHAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF DAN PEMBAIKAN ASRAMA AL-AYYUBI DAN DALAMAN DEWAN PANCARASA & KERJA-KERJA MENAIKTARAF SISTEM PENDAWAIAN SEMULA ELEKTRIK SERTA PENCAHAYAAN, MENAIKTARAF SISTEM CCTV DAN RANGKAIAN SETEMPAT DAN RANGKAIAN TANPA WAYAR, DI INTAN WILAYAH UTARA (INTURA) NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Pengarah JKR Kedah, Ir. Mohd Fisal bin Ismail dan Pengarah Wilayah INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA), Negeri Kedah, Tuan Mohd Ridzuan bin Ab Ghafar pada 17 April 2024.

Turut hadir bersama mengiringi majlis tersebut ialah Encik Mohamad Azmi bin Yaakob, Jurutera Daerah JKR Kuala Muda selaku Pegawai Penguasa Projek Menaiktaraf Asrama Al-Ayyubi dan Dewan Pancarasa INTURA dan Puan Ir. Amalina binti Taib, Ketua Jurutera Elektrik Negeri Kedah selaku Pegawai Penguasa Projek Menaiktaraf Sistem Pendawaian Elektrik, Sistem CCTV dan Sistem Rangkaian INTURA.
Majlis penyerahan ini juga diserikan dengan kehadiran Pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai INTURA dan Pegawai-pegawai JKR Kedah dan JKR Kuala Muda.






Tuesday 2 April 2024

PANDUAN PELAKASANAAN EKSA DI BILIK REHAT PEKERJA


 

MESYUARAT INDUK EKSA 2 APRIL 2024

Mesyuarat Penyelarasan EKSA INTURA diadakan pada 2 April 2024 berikutan daripada pemakluman keputusan MEsyuarat Pengurusan memutuskan INTURA perlu mendapat persijilan semula walaupun sebahagian daripada kawasan INTURA berlaku pembinaan dan penambahbaikan oleh pihak JKR. 

Sehubungan itu, Tuan Pengerusi meminta agar semua Jawatankuasa dan Ketua Zon mengambil perhatian dan tindakan segera agar persijilan INTURA dapat dibuat pada tahun ini juga tertakluk kepada tarikh daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang merupakan juru audit bagi INTURA.