Satu Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) INTAN Wilayah Utara telah diadakan pada 6 Mac 2016 di Institut Aminudin Baki (IAB) Cawangan Utara, Jitra. Lawatan ini merupakan anjuran Jawatankuasa Latihan EKSA INTURA.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat sejauh mana pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di IAB Cawangan Utara untuk dijadikan contoh dan panduan dalam pelaksanaan EKSA di Jabatan ini.
Seramai 31 orang daripada Jabatan ini telah terlibat dalam lawatan tersebut yang terdiri daripada AJK Jawatankuasa Induk EKSA, Ketua Zon EKSA INTURA dan wakil dari setiap zon. Diharapkan dengan lawatan sebegini Jabatan dapat mengambil manfaat sebaiknya dan membantu dalam menjayakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di INTAN Wilayah Utara